Oleh: Jeyamalar A/P Ramachandran & Stephanie Anne A/P Kalipan
Chikungunya adalah sejenis penyakit Endemic yang berpunca daripada virus Chikungunya yang berasal daripada keluarga Tourividae (genus alphavirus). Chikungunya pertama kali telah dikesan melalui ujian darah di Tanzania pada tahun 1953. Sejak itu, penyakit ini mula menular di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di negara Eropah.
Melalui penyelidikan terkini yang dilakukan oleh Institut Posteur di Paris, penyakit demam Chikungunya ini adalah kerana gigitan nyamuk Aedes Albopictus yang merupakan pembawa virus penyakit demam denggi. Oleh yang demikian, Chikungunya boleh dikatakan sekeluarga dengan demam denggi dan demam berdarah kerana berpunca daripada pembawa yang sama iaitu nyamuk Aedes. Demam Chikungunya dianggap sebagai satu penyakit yang tidak membawa maut tetapi penyakit ini boleh menyerang sendi dan tulang sehingga beberapa bulan atau tahun.
Penyakit demam Chikungunya dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai tanda-tanda seperti demam panas yang mencecah suhu 39 darjah secara mengejut, sakit teruk pada sendi, ruam pada badan dan sakit kepala. Seseorang pesakit juga boleh demam dari satu hingga tujuh hari. Penyakit Chikungunya biasanya disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi. Penyakit ini juga bakal mengundang bahaya jika tidak dicegah dari awal. Ini kerana, tiada rawatan yang khusus bagi penyakit ini. Jika mengalami tanda - tanda penyakit Chikungunya, masyarakat dinasihatkan supaya segera mengambil rawatan di klinik atau hospital yang terdekat.
Demam Chikungunya dapat dicegah berdasarkan kepada beberapa kaedah iaitu, pemeriksaan dan penghapusan bekas-bekas yang berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk, galakan masyarakat meluangkan masa untuk bergotong-royong, letakkan bahan pembunuh jentik-jentik dalam kolam takungan air, pintu dan jendela rumah sentiasa dibuka setiap hari dan dapatkan rawatan segera apabila mengalami tanda-tanda penyakit demam Chikungunya.
Tips pencegahan demam Chikungunya adalah seperti, pakai baju atau seluar panjang yang menutupi bahagian tangan dan kaki, sebelum tidur perlu menggunakan ubat nyamuk, disarankan menggunakan kelambu atau ‘net’ biasa, menggunakan ubat pencegah serangga pada kulit dan berjumpa dengan doktor sebulan sekali untuk melakukan ujian darah.
Dalam hal ini, Kementerian Kesihatan juga mengambil pelbagai langkah insentif seperti pengesanan kes secara aktif, melakukan kajian tentang nyamuk Aedes, semburan kabus dan ULV ditempat - tempat yang dikenalpasti, mengadakan aktiviti gotong - royong di semua tempat dan juga mengadakan aktiviti promosi kesihatan bagi semua golongan masyarakat. Kerajaan juga telah memperuntukan RM 1.7 juta bagi aktiviti-aktiviti yang dirancang untuk membendung masalah ini dan juga untuk menjamin kesihatan masyarakat setempat.
Sehingga kini, tiada rawatan khusus atau vaksin untuk mencegah penyakit ini tetapi rawatan lebih fokus kepada menghilangkan sakit dan demam .
Penyakit Chikungunya juga boleh dicegah dengan membersihkan kawasan rumah dan prsekitaran supaya bebas daripada pembiakan nyamuk Aedes. Selain itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa memeriksa rumah dan persekitarannya sekurang-kurangnya seminggu sekali untuk memastikan tiada pembiakan nyamuk Aedes. Dengan ini, masyarakat juga digalakan supaya sentiasa menjalankan aktiviti gotong-royong di persekitaran tempat kediaman mereka. Kini dibuktikan bahawa, tiada kes yang dilaporkan di kawasan-kawasan yang sentiasa menjalankan aktiviti gotong-royong.
Penyakit Chikungunya boleh dielakkan daripada terus merebak dengan penjagaan kebersihan diri, tempat kediaman dan juga persekitaran masing-masing. Kerjasama semua pihak amat penting untuk membendung masalah ini.
AEDES ALBOPICTUS...Merupakan sejenis nyamuk pembawa virus demam chikungunya dan demam denggi berdarah
No comments:
Post a Comment