Saturday, October 24, 2009

DULU CHANGLUN PEKAN TERPENCIL, KINI PESAT MEMBANGUN

Oleh: Nur Hazirah Abdul Ghani, Norhazwany Abdul Rani & Che Nur Hazar Sofia Che Johan


Hutan liar yang menebal bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan kini telah bertukar menjadi bangunan-bangunan perniagaan dan institusi pendidikan. Begitulah perbandingan pekan Changlun 10 tahun dahulu dengan pembangunan yang dicapai hari ini.

Jika dahulunya Changlun merupakan pekan yang terpencil dan mundur, tapi kini nama Changlun tidak lekang dibibir mahasiswa Universiti Utara Malaysia serta penuntut institusi pendidikan di sekitarnya.

Pada asalnya kawasan stesen bas Changlun merupakan pekan Changlun yang pertama sebelum wujudnya pekan Changlun kedua di kawasan pasaraya C-Mart yang menjadi tumpuan orang ramai kerana terdapat pelbagai prasarana seperti kompleks membeli belah dan deretan bangunan yang menawarkan perkhidmatan perbankan, klinik kesihatan dan kedai makan.

“ Pembangunan yang dirasai oleh kami penduduk Changlun seperti dengan adanya pasar Changlun, kompleks beli belah C-Mart ini memudahkan kami terutama kaum wanita dalam mendapatkan bekalan isi rumah dan keperluan harian yang lain,” kata Siti Kalsom bt Saad, 50 seorang suri rumah yang merupakan peduduk tetap Kampung Darat, Changlun.

Pekan Changlun mempunyai kedudukan yang cukup strategik kerana ia menjadi laluan utama ke sempadan Malaysia – Thailand di Utara, Kampus UUM Sintok, di Timur, Jitra dan Alor Setar, di Selatan dan laluan negeri Perlis di sebelah Barat.

Kewujudan Lebuh Raya Utara Selatan ( PLUS) yang melalui Changlun menjadikan ia sebuah pekan kecil yang cukup pesat membangun. Jika dahulunya, pekan Changlun hanya mempunyai sebuah pasar raya C-Mart yang telah memberi peluang pekerjaan kepada para penduduk di sekitarnya tapi kini Changlun telah berkembang maju dengan adanya dua buah lagi restoran makanan segera iaitu Marrybrown dan MyFC.

“ Kami penduduk di Changlun bersyukur dengan kemajuan pekan Changlun. Jika dibandingkan 25 tahun dahulu Changlun ini merupakan sebuah pekan yang terpencil, adanya UUM sekarang banyak pembangunan yang berlaku di sini,” kata Mohd Nor bin Daud, 40 penduduk Changlun yang ditemubual di sini.

Changlun termasuk dalam mukim Temin yang mempunyai keluasan tanah 22,045.97 hektar dan jumlah penduduk adalah sebanyak 37,816 orang. Penubuhan UUM telah memberi impak yang positif kepada penduduk- penduduk di daerah Changlun di mana mereka dapat memperolehi prasarana yang baru.

“Walaupun baru dua tahun saya berada di sini tapi apa yang saya dapat katakan Changlun telah banyak berubah dari segi geografinya berkemungkinan beberapa tahun akan datang Changlun akan lebih maju daripada sekarang,” kata Siti Mariyam bt Muhamed, pelajar jurusan ekonomi semester 5, UUM.

Selari dengan proses pembangunan yang sedang pesat berlaku di Malaysia, pekan Changlun 10 tahun akan datang terus berubah wajah menjadi sebuah bandar bestari dengan pelbagai insfrastruktur strategi pembangunan yang canggih.

PESAT...Deretan kedai yang semakin bertambah maju membuktikan pekan Changlun kini bukan lagi pekan terpencil

No comments:

Post a Comment